awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar pemandu wanita Vietnam di Jelutong

Bernama
Bernama
24/03/2025
12:30 MYT
Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar pemandu wanita Vietnam di Jelutong
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya menerima beberapa arahan baharu bagi melengkapkan semula kertas siasatan itu, antaranya laporan bedah siasat dan laporan kimia daripada jabatan serta agensi lain. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Polis telah menghantar kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), berhubung kes kemalangan membabitkan remaja lelaki yang maut akibat dilanggar seorang pemandu kereta warga Vietnam ketika sedang berjalan kaki di Jelutong di sini, Februari lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya menerima beberapa arahan baharu bagi melengkapkan semula kertas siasatan itu, antaranya laporan bedah siasat dan laporan kimia daripada jabatan serta agensi lain.
"Polis memang menjalankan siasatan kes itu secara menyeluruh dan telah melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada TPP, cuma ada beberapa arahan baru yang pegawai penyiasat sedang lengkapkan semula," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hamzah berkata wanita warga Vietnam itu tidak direman selepas beliau ditahan berikutan kemalangan tersebut, berikutan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya dalam tempoh 24 jam.
"Permohonan reman hanya akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sekiranya siasatan polis terhadap seseorang yang ditahan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas tangkapan," katanya yang menafikan tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu.
Hamzah berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai seorang bapa Ch'ng Hock Soo, 54, yang bingung mengapa suspek masih belum didakwa di mahkamah berhubung kejadian langgar membabitkan anaknya Thomas Ch'ng Kai Hen, 18.
Terdahulu media melaporkan dalam kemalangan 19 Feb itu, Kai Hen yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian, apabila kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan mabuk oleh wanita Vietnam itu merempuh beliau dan rakan-rakan ketika sedang berjalan di tepi Jalan Jelutong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pulau pinang
#serah kertas siasatan
#remaja dilanggar
#warga Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan