IPOH: Polis sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dalam sebuah video tular.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada kira-kira 7.28 pagi Jumaat.
"Polis ingin memohon kerjasama daripada pemandu yang merakam video tersebut supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Salim Ahmad di talian 018-5701739 bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya amat mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota pasukan keselamatan itu.
Video itu memaparkan rakaman kamera papan pemuka tindakan seorang anggota polis trafik menahan seorang pemandu yang didakwa telah melakukan kesalahan lalu lintas, namun pemandu kereta itu mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak berpuas hati dengan anggota polis berkenaan.
Astro Awani
Sat Aug 06 2022

PDRM amat mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota pasukan keselamatan itu. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

'Terduduk lihat jenazah isteri'
Motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.

Padah cabar polis di TikTok
Hasil daripada beberapa video yang diperoleh menerusi akaun TikTok 'nish V1 buruk', suspek berusia 20 tahun telah ditahan di Sikamat.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

Polis kesan individu terlibat kes pukul dalam video tular
Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kesemua individu terlibat sedang dikesan polis.

Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai, pada 7 Ogos lepas.

Polis siasat anggota trafik tahan pemandu dalam video tular
Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dalam sebuah video tular.

Lelaki cedera selepas bergelut dengan orang awam - Polis
Lelaki itu mengalami kecederaan selepas bergelut dengan orang awam semasa dia cuba mencuri motosikal di Jalan Patani, George Town.

Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR
Sebelum ini kertas siasatan telah dihantar pada 25 Julai lepas namun terdapat beberapa arahan lanjut yang perlu dilengkapkan.

'I love being viral' - Ning Baizura tak endah kecaman
Ning tetap memperlihatkan sikap positif dan enggan melayan kritikan yang dibuat secara melulu.

Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu
Siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu video tular dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.

Polis rayu maklumat video tular anggota peronda didakwa ambil rasuah
Siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar.

TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.

Mufti P. Pinang mahu undang-undang diperketat bendung hina agama
Wan Salim mahu undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina Islam.