awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan pemandu Volkswagen diserang

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2022
23:00 MYT
Polis siasat dakwaan pemandu Volkswagen diserang
Rondaan dijalankan anggota polis bertugas menemukan kereta tersebut kira-kira jam 2.15 pagi.
GOMBAK: Tanda tanya sebuah kereta jenis Volkswagen yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tidak berkunci serta terdapat kesan darah terjawab apabila pemandu kereta berkenaan dipercayai diserang sekumpulan individu dalam kejadian di Jalan Besar Pekan Kundang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kereta berkenaan ditemui anggota unit kereta peronda yang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan tersebut.
Menurutnya, rondaan dijalankan anggota polis bertugas menemukan kereta tersebut kira-kira jam 2.15 pagi.
"Bilik Gerakan IPD Gombak menerima maklumat kira-kira jam 3.04 pagi berkaitan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kawasan di Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun mendapat kecederaan luka di bahagian muka, bahu kanan dan belakang leher," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa telah dibawa oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.
"Mangsa dipercayai telah diserang oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan lokasi kejadian sebenar kejadian masih dalam siasatan.
"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang," katanya.
Disyorkan artikel ini: Polis KL banteras kegiatan jual dadah tepi jalan, pusat hiburan Polis Shah Alam buru pemandu kereta langgar penunggang motosikal Polis siasat dakwaan anjing liar mati diracun di Tasik Cermin Tiga tahun jejaki komunis di hutan Moral polis di AS jatuh Menurutnya, motif dan punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/203257/BERITA/Semasa/Polis-siasat-dakwaan-pemandu-Volkswagen-diserang © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Topic Berkaitan
#pemandu Volkswagen diserang
#Zainal Mohamed Mohamed
#Volkswagen ditinggal di tepi jalan
#Jalan Besar Pekan Kundang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan