MALAYSIA
Polis siasat dua lelaki bergaduh di Plaza Tol Kempas, video tular

Tangkap layar video tular insiden pergaduhan di Plaza Tol Kempas antara pemandu lori dan penumpang kereta Proton Wira. - Tangkap layar video tular
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki yang berlaku di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Ahad lepas seperti yang tular di Facebook.
Ringkasan AI
- Polis Johor menyiasat pergaduhan di Plaza Tol Kempas antara pemandu lori dan penumpang kereta Proton Wira, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas pemandu lori membunyikan hon.
- Pengadu mengalami kecederaan di belakang kepala selepas dipukul, namun berjaya mempertahankan diri dengan menendang penyerang keluar dari lori.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000, dan orang awam diminta membantu siasatan.
"Susulan itu, seorang lelaki tidak dikenali keluar dari bahagian penumpang kereta tersebut dan meminta pengadu membuka pintu lori sebelum memukul muka serta kepala pengadu beberapa kali.
"Pengadu kemudian bertindak mempertahankan diri dengan menendang lelaki berkenaan keluar dari lori. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat dibunyikan hon," katanya dalam kenyataan hari ini.
Balveer Singh berkata akibat daripada kejadian itu, pengadu mengalami sakit pada bahagian belakang kepala.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Terdahulu tular video daripada kamera papan pemuka lori terbabit berdurasi lebih seminit memaparkan penumpang kereta Wira berwarna hitam memukul muka dan belakang kepala pemandu lori itu.
Pemandu lori kemudian bertindak mempertahankan diri dengan menyiku dan menendang lelaki tersebut sehingga dia terjatuh daripada lori.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami