awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat Himpunan Hari Wanita 2024

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2024
05:30 MYT
Polis siasat Himpunan Hari Wanita 2024
Noor Dellhan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung himpunan itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur Himpunan Hari Wanita 2024 di Ibu kota pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung himpunan itu.
"Kita turut menyiasat himpunan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan panggil penganjur dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan seramai 200 peserta berkumpul di luar sebuah kompleks beli-belah pada jam 9 pagi sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Para peserta membawa pelbagai plakad, kain rentang serta bendera.
Pada Selasa lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, sebarang kesalahan yang dilakukan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Himpunan Hari Wanita 2024
#Polis Dang Wangi
#penganjur dipanggil
#akta perhimpunan aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan