awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat hubungan Siti Kharina dengan suspek pembunuhan

Bernama
Bernama
18/05/2019
00:48 MYT
Polis siasat hubungan Siti Kharina dengan suspek pembunuhan
Polis telah mengambil keterangan pemilik rumah sewa Siti Kharina, 40, di Cyberjaya, yang merupakan lokasi mayatnya ditemui, bagi membantu siasatan.
Polis masih menyiasat hubungan antara Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin dengan tiga suspek pembunuhannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata pihaknya telah mengambil keterangan pemilik rumah sewa Siti Kharina, 40, di Cyberjaya, yang merupakan lokasi mayatnya ditemui, bagi membantu siasatan.
“Pihak kami masih siasat sejauh mana hubungan mangsa dengan suspek iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria. Siasatan turut melibatkan pemilik rumah sewa berkenaan yang diambil keterangannya.
“Semua yang terlibat dalam membantu siasatan kita ambil kira, ia siasatan yang menyeluruh yang sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kes ini, pihak kami akan merekodkan percakapan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
BACA: Kes bunuh ketua jururawat, lelaki Nigeria direman tujuh hari
BACA: Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher

Terdahulu, pihak polis mengesahkan bahawa ketiga-tiga suspek mengenali antara satu sama lain. Semalam, polis mengesahkan bahawa kematian Siti Kharina adalah akibat luka hirisan di leher. Punca kematian mangsa, diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan pada Khamis.

Pada Khamis, Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala. Berikutan itu, polis telah menahan tiga individu disyaki terlibat dengan kes itu dan lelaki warga Nigeria berkenaan hari ini direman selama tujuh hari.

Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#jenayah
#Ketua Jururawat Hospital Serdang
#leher dihiris
#leher dikelar
#mangsa
#mayat
#Nigeria
#Pakistan
#polis
#reman
#SAC Fadzil Ahmad
#siasatan
#Siti Kharina
#Siti Kharina Mohd Kamarudin
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan