awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan

Bernama
Bernama
17/10/2020
20:18 MYT
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
HUZIR: Polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan menghasut membabitkan seorang lelaki dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata video berdurasi 1 minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.
"Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
"Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki itu berada di luar negara sejak November 2017, malah suspek turut dikehendaki untuk tiga kes lain berkaitan ugutan dan hasutan," katanya dalam satu kenyataan
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kertas siasatan
#institusi raja
#kerajaan
#kenyataan menghasut
#hasutan
#video
#Tular
#media sosial
#Huzir Mohamed
#RAJA
#Ganesparan
#akta hasutan
#kebencian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan