awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kejadian provokasi, rempuhan peserta perhimpunan di Jalan Parlimen

Bernama
Bernama
13/08/2025
15:15 MYT
Polis siasat kejadian provokasi, rempuhan peserta perhimpunan di Jalan Parlimen
Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian provokasi dan rempuhan terhadap pihak polis oleh peserta perhimpunan dan penyerahanan memorandum di Jalan Parlimen hari ini, seperti yang tular di media sosial. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian provokasi dan rempuhan terhadap pihak polis oleh peserta perhimpunan dan penyerahanan memorandum di Jalan Parlimen di sini, hari ini, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya mengesan video tular terbabit di aplikasi TikTok hari ini memaparkan peserta perhimpunan membuat provokasi dan merempuh anggota polis yang sedang bertugas mengawal keselamatan.
Menurutnya satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
"Akibat daripada rempuhan yang berlaku, seorang pegawai polis telah mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 353/427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata pihaknya menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib, selaras dengan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini dan komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah program seperti itu.
"Peruntukan ini adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya digunakan secara baik dan berhemah...tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#buka kertas siasatan
#rempuhan
#Jalan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan