MALAYSIA
Polis siasat kenyataan UMANY gesa program matrikulasi dimansuh

Kenyataan UMANY itu didakwa boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan dan kegentaran awam.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) baru-baru ini yang menggesa supaya program matrikulasi dimansuhkan.
Ringkasan AI
- PDRM siasat kenyataan UMANY yang menggesa pemansuhan program matrikulasi, selepas menerima lima laporan polis berhubung isu tersebut.
- Kenyataan itu didakwa boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan dan kegentaran awam, menurut Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan PDRM mengingatkan orang ramai supaya berhemah ketika mengeluarkan kenyataan di ruang awam.
"Kenyataan berkenaan didapati boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat serta kegentaran awam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kumar berkata PDRM tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan orang ramai juga dinasihat supaya berhemah serta bertanggungjawab ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun di media sosial.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami