awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau

Bernama
Bernama
09/07/2024
15:04 MYT
Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa berusia 64 tahun itu membuat laporan berhubung insiden itu pada jam 6.12 petang, hari yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau ketika menghadiri sebuah majlis berkaitan Adat, dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa berusia 64 tahun itu membuat laporan berhubung insiden itu pada jam 6.12 petang, hari yang sama.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Perintah Menjalankan Siasatan telah dipohon bagi menjalankan siasatan.
"Seramai 17 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis. Motif kejadian dipercayai akibat salah faham," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau sebarang spekulasi kerana siasatan lanjut masih diteruskan.
Difahamkan, majis berkenaan diadakan sebagai sebahagian proses mencari individu yang layak menjadi Undang Luak Rembau yang baharu susulan kematian penyandangnya Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman pada 15 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#ditumbuk
#Orang Besar Undang Luak Rembau
#majlis berkaitan Adat
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan