NATIONAL
Polis siasat laporan DAP jalankan propaganda jahat

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP itu semalam. - Gambar fail
Polismenubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli seumur hidup parti DAP, Amran Ahmad bahawa partiitu menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang dengan menggunakannama gabungan pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazimberkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP itu semalam.
Beliau mengesahkan Amran telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu.
“Laporan polis ini kita akan buat siasatan dibawah seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Amran meminta pihak polismenjalankan siasatan menyeluruh dan menghentikan apa yang beliau dakwa propagandajahat DAP sebelum PRU14 berakhir beberapa hari lagi.
Amran memaklumkan telah membuat laporan polis danmenyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah yang dikatakandisebarkan DAP.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami