MALAYSIA
Polis siasat laporan penyebaran video seks cikgu di Melaka

Superintenden Ashari Abu Samah, berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Polis membuka kertas siasatan mengenai penyebaran video seks dipercayai membabitkan seorang guru wanita dan lelaki yang sudah didapati bersalah kerana cubaan berzina di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
Ringkasan AI
- Polis membuka kertas siasatan terhadap penyebaran video seks membabitkan seorang guru wanita dan lelaki yang telah mengaku bersalah atas cubaan berzina di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun tiada bukti pornografi ditemui dalam telefon bimbit kedua-dua individu kerana video dipercayai telah dipadam.
- Kedua-dua tertuduh didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar, selepas mengaku bersalah atas cubaan melakukan persetubuhan haram mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
“Namun kesalahan berkaitan pronografi belum dijumpai daripada telefon bimbit cikgu wanita itu mahupun lelaki berkenaan kerana video seks itu dipercayai telah dipadam,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.
Menurutnya Ashari, kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
Semalam, seorang guru wanita dan lelaki digelar sebagai 'Abang Wiring & CCTV' masing-masing berusia 31 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.
Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman masing-masing didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.
Mengikut pertuduhan, mereka didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan seseorang yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami