awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penganjuran lumba basikal lajak

Kenyataan Media
Kenyataan Media
23/05/2025
01:10 MYT
Polis siasat penganjuran lumba basikal lajak
Polis sedang menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadualkan berlangsung di Damansara Damai esok.
PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadualkan berlangsung di Damansara Damai esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video mempromosikan penganjuran perlumbaan berkenaan di laman sosial TikTok.
Menurutnya, siasatan mendapati video berdurasi 29 saat itu memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di jalan raya berserta maklumat berkaitan penganjuran perlumbaan basikal lajak yang akan diadakan di Damansara Damai pada 24 Mei.
"Siasatan mendapati video berdurasi 29 saat itu memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di jalan raya berserta maklumat berkaitan penganjuran perlumbaan basikal lajak yang akan diadakan di Damansara Damai pada 24 Mei.
"Berikutan itu satu laporan dibuat dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengadakan pertandingan membabitkan kenderaan tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengadakan pertandingan membabitkan kenderaan tanpa kebenaran.
Dalam masa sama, polis sedang mengesan pihak penganjur perlumbaan itu untuk siasatan lanjut.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan selain tidak berkompromi dengan individu yang didapati melanggar undang-undang.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganjuran itu supaya menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Petaling Jaya
#basikal lajak
#lumba haram
#Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan