awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
00:10 MYT
Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Tangkap layar media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi dengan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kereta dan lori.
NIBONG TEBAL: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai menunggang di lorong khusus untuk kereta dan lori di Kilometer 0.4 Jambatan Kedua Pulau Pinang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Jay January Siowou berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati insiden berlaku pada jam 4.35 petang Jumaat lalu.
Katanya, kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Batu Kawan menghala Batu Maung.
Menurutnya, perbuatan mereka adalah sangat berbahaya, bukan sahaja kepada penunggang sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain.
“Pihak polis ingin menegaskan bahawa keselamatan semua pengguna jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Jay January meminta orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222.
Terdahulu, tular di media sosial, video berdurasi 33 saat menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi dengan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kereta dan lori.
Perbuatan itu mendapat kecaman warganet yang menyifatkan ia perbuatan mementingkan diri sendiri apabila tidak mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya.
Topic Berkaitan
#motosikal guna lorong kereta
#Jambatan Kedua Pulau Pinang
#Nibong Tebal
#IPD Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan