awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat pergaduhan libatkan dua pemandu

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2022
15:04 MYT
Polis siasat pergaduhan libatkan dua pemandu
Tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua pemandu kenderaan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pertengkaran mulut antara dua pemandu kenderaan membawa kepada pergaduhan dalam kejadian di persimpangan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan polis berkaitan kejadian dibuat seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun yang merupakan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Hasil siasatan mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu bermula daripada pertengkaran mulut di antara kedua-dua individu terlibat.
"Ia berpunca daripada salah sebuah kenderaan yang didakwa menghalang lalu lintas di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan tersebut diminta tampil membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 / 018-9636942.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua pemandu kenderaan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves.
Kejadian bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tular
#pergaduhan pemandu kereta
#Batu Caves
#Noor Ariffin Mohamad Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan