awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
08/03/2025
09:04 MYT
Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Razarudin berkata siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam.
"Kita akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti pemilik akaun terbabit.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, tular video seorang bekas Ahli Parlimen yang membuat kenyataan disyaki memfitnah Anwar dan Saifuddin Nasution berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Bera yang merupakan bekas Perdana Menteri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Saifuddin Nasution
#video
#fitnah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan