awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular anggota minta sogokan

Bernama
Bernama
04/07/2021
07:32 MYT
Polis siasat video tular anggota minta sogokan
Polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian supaya menghubungi polis Klang Utara untuk membantu siasatan.
SHAH ALAM: Polis membuka satu kertas siasatan tatatertib susulan tular rakaman video anggotanya didakwa meminta wang sogokan daripada pemilik sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di percayai berlaku di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam insiden itu.
"Polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian supaya menghubungi polis Klang Utara untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Polis Daerah Klang Utara.
Nurulhuda berkata kejadian berkenaan dikesan pihaknya susulan hantaran semula rakaman video oleh pemilik akaun Twitter @fahmynazrul semalam yang memaparkan anggota polis tersebut disyaki meminta wang sogokan daripada pemilik kenderaan terbabit.
Terdahulu tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 1.02 saat bertarikh 1 Julai lepas memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan sebelum didakwa meminta sejumlah wang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#anggota
#sogokan
#Tular
#Klang
#media sosial
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan