NATIONAL
Polis siasat video tular pacuan empat roda himpit Myvi

Tangkap layar kemalangan tular membabitkan Ford Ranger dengan Myvi di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna Threads. -Sinar Harian/Video tular
AMPANG: Insiden sebuah pacuan empat roda menghimpit dan melanggar sebuah kereta yang tular di media sosial mendapat perhatian pihak polis.
Ringkasan AI
- Polis sedang menyiasat kemalangan tular antara Ford Ranger dan Perodua Myvi di Jalan Pandan 1, MRR2.
- Kemalangan berlaku ketika Ford Ranger menghimpit Perodua Myvi di selekoh jalan.
- Kedua-dua kenderaan hanya mengalami kerosakan tanpa sebarang kecederaan kepada mangsa.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jalan Dagang telah dihimpit pacuan empat roda berkenaan di selekoh jalan.
"Ketika melalui selekoh, kenderaan pacuan empat roda itu datang dari arah sebelah kanan lalu menghimpit Perodua Myvi terbabit sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan di bahagian tepi kanan kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Rakaman video kejadian langgar lari itu tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna Threads.
Kata beliau, kedua-dua kenderaan yang terlibat hanya mengalami kerosakan dan tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada mangsa.
Menurutnya, kes masih dalam siasatan mengikut Peraturan 10 LN 166/59. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami