awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
PMX ada ‘DNA UMNO’, adil dalam melayani tuntutan - Ahmad Zahid
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular ramai berkumpul ziarah Aidilfitri

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
04:01 MYT
Polis siasat video tular ramai berkumpul ziarah Aidilfitri
Kes tersebut merupakan antara siasatan terbaru dijalankan polis di seluruh Malaysia berhubung tindakan melanggar SOP PKP ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Foto Sinar Harian
KLANG: Polis Klang Selatan menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video sambutan Aidilfitri secara beramai-ramai yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden itu dipercayai berlaku di dalam sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang.
"Polis Klang Selatan menjalankan siasatan kerana didapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Siasatan diteruskan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kes tersebut merupakan antara siasatan terbaru dijalankan polis di seluruh Malaysia berhubung tindakan melanggar SOP PKP ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Semalam, Astro AWANI melaporkan, polis membuka kertas siasatan ke atas keluarga seorang selebriti di Hulu Kelang, Ampang Jaya selepas sekeping gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri tular di media sosial.
Ia susulan penganjuran majlis berkenaan yang dipercayai melanggar SOP.
BACA: Polis buka kertas siasatan selebriti langgar SOP ziarah Aidilfitri
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, gambar berkenaan menunjukkan sambutan bersama seisi keluarga selebriti itu yang melibatkan kira-kira 13 individu yang dipercayai tidak tinggal sebumbung.
Topic Berkaitan
#PKP
#SOP
#Aidilfitri
#video tular
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan