Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan sebuah portal berita berikutan laporan polis daripada pelbagai pihak mendakwa berita yang ditulis berbaur fitnah dan hasutan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehingga malam tadi, sembilan laporan polis diterima berkaitan artikel bertajuk 'Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah' yang disiarkan dalam portal itu pada Isnin.
"Berikutan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, polis membuat kertas siasatan menurut Seksyen 41c Akta Hasutan 1948 kerana laporan yang disiarkan itu dikatakan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.
"Polis akan memanggil wartawan wanita berkenaan untuk merekodkan keterangannya untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Artikel berkenaan menyiarkan temu bual wartawan berkenaan dengan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri pada pukul 1.30 pagi ketika Phee masih dalam tahanan polis.
Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Phee kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri sedia memberi bantuan perundangan kepada wartawan berkenaan untuk memastikan amalan kebebasan bersuara dilindungi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya telah menghantar rakaman CCTV di kediaman Lim kepada pasukan forensik khas di Bukit Aman untuk mengenal pasti suspek yang membaling bom petrol di kawasan kediaman itu malam Sabtu lepas.
"Pasukan forensik di sini (IPK Pulau Pinang) telah meneliti rakaman berkenaan tetapi kami gagal mengenal pasti suspek dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki lelaki itu...oleh itu (rakaman CCTV) diserah kepada pasukan forensik di Bukit Aman," katanya sambil menegaskan bahawa siasatan kes itu masih berjalan.
Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling bom petrol ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 03 2014

ABDUL RAHIM: Sehingga malam tadi, sembilan laporan polis diterima berkaitan artikel bertajuk 'Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah' yang disiarkan dalam portal itu pada Isnin.

Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL - Rosmadi
Rosmadi berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia.

Giggs yakin Manchester United mampu jinakkan Spurs di final UEL
Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs yakin bekas pasukannya itu mampu mengatasi Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa UEFA (UEL) pada Khamis ini.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.

Nahas FRU: KPWKM teliti bantuan JKM yang akan disalur - Nancy
KPWKM sedang meneliti bantuan kewangan menerusi JKM yang akan disalur kepada waris sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Konsep Piala Dunia 2025 mirip Sukan Komanwel 2026 - PLBM
Malaysia menjadi negara pertama menguji penggunaan gelanggang mudah alih atau portable ring mengikut piawaian antarabangsa.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April - Akauntan Negara
Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Majlis Belia pentas anak muda bina bangsa MADANI
Majlis Belia perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima dan mencari pandangan belia dari luar tembok organisasi MBWP.

Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Polis akan guna sampel rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan calon anggota dan pegawai mulai tahun hadapan

Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.

Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.

Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
Jika terbukti, polis akan mengklasifikasi semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.

36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Ketua Polis Pulau Pinang berkata walaupun peningkatan kes tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan.

PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian
Polis menerima 11 laporan berhubung pergaduhan dan provokasi antara penyokong parti-parti bertanding sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam.

Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang.

Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.