awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura nafi dakwaan masuk perairan Malaysia, halau nelayan tempatan

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2023
08:26 MYT
Polis Singapura nafi dakwaan masuk perairan Malaysia, halau nelayan tempatan
SPF memaklumkan ketika itu, ada beberapa lagi bot nelayan lain tetapi mereka berada dalam kawasan perairan Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Singapura menafikan dakwaan bahawa pegawai Polis Pengawal Pantai (PCG) republik itu memasuki perairan Malaysia dan menghalau nelayan negara ini yang sedang menangkap ikan pada Isnin lalu.
Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan, insiden itu berlaku di perairan wilayah Singapura apabila PCG sedang melakukan rondaan dan mengesan sebuah bot nelayan Malaysia di laut berdekatan Tuas pada jam 6.55 pagi.
SPF memaklumkan ketika itu, ada beberapa lagi bot nelayan lain tetapi mereka berada dalam kawasan perairan Malaysia.
"Bot PCG kemudian mengesan sebuah bot nelayan Malaysia berada dalam kawasan perairan Singapura. Ada beberapa lagi bot nelayan Malaysia ketika itu namun kesemua bot yang lain berada dalam kawasan perairan Malaysia.
"Pegawai PCG bertugas kemudian menghampiri bot nelayan itu dan menasihati nelayan berkenaan segera meninggalkan perairan Singapura.
"Bagaimanapun, pukat nelayan itu rosak dalam proses pegawai PCG cuba melepas pukat itu daripada kipas enjin bot. Ingin kami tegaskan, pegawai PCG menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan Singapura bukan Malaysia," kata kenyataan tersebut.
16 Ogos lalu, sekumpulan empat nelayan tempatan mendakwa bot penguat kuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring undang di kawasan perairan Selat Tebrau.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#nelayan
#perairan
#jaring
#Singapura
#Polis Pengawal Pantai
#PCG
#Pasukan Polis Singapura
#SPF
#bot nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan