awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sita Lamborghini, buka kertas siasatan memandu secara berbahaya di SDE

Bernama
Bernama
31/07/2023
09:27 MYT
Polis sita Lamborghini, buka kertas siasatan memandu secara berbahaya di SDE
Kamarul Zaman (foto) berkata kelima-lima pemandu berusia 44 hingga 64 tahun itu telahpun diambil keterangan pada hari yang sama dan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. -Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Polis telah menyita lima kereta mewah jenis Lamborghini dan membuka kertas siasatan terhadap lima individu yang dipercayai memandu kereta berkenaan secara melulu dan berbahaya di Lebuh Raya Senai Desaru (SDE), Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kelima-lima pemandu berusia 44 hingga 64 tahun itu telahpun diambil keterangan pada hari yang sama dan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung lima pemandu yang memandu melulu dan merbahaya di SDE, dekat Kota Tinggi.
Sebelum ini tular video berdurasi lebih seminit yang memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya, dan semua mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Senai menghala ke Bandar Penawar untuk menghadiri satu program.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lamborghini
#kertas siasatan
#kesalahan lalu lintas
#Lebuh Raya Senai Desaru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan