Polis tahan 10 lagi individu bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap

Polis berkata semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Seberang Perai Selatan dan Taiping, Perak semalam. - Foto hiasan/BERNAMA
NIBONG TEBAL: Polis menahan 10 lagi individu kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap di sini, Selasa lepas.
Ringkasan AI
- Polis menahan 10 individu lagi berhubung kes lelaki maut dan dua cedera selepas serangan sekumpulan lelaki bertopeng di restoran Sungai Bakap.
- Suspek yang ditangkap berusia antara 24 hingga 54 tahun, dipercayai terlibat dalam gelap kongsi di Pulau Pinang, dengan 10 daripadanya memiliki rekod jenayah dan dadah.
- Polis terus menjalankan siasatan dan operasi untuk kesan suspek yang terlibat dalam kejadian tragik tersebut.
Azizee berkata hasil risikan, polis turut menggempur beberapa kawasan dipercayai tempat berkumpul ahli kumpulan itu bagi mengesan baki suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Pada 4.30 petang Selasa, tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


