awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju

Bernama
Bernama
01/03/2025
08:15 MYT
Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dan merupakan penyokong perlawanan tinju terbabit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dan merupakan penyokong perlawanan tinju yang berlangsung Selasa lepas.
Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam sebelum mengambil tindakan menahan individu terbabit sejurus selepas itu.
"Kesemua mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Feb," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sulizmie Affendy berkata polis akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden rusuhan
#perlawanan tinju
#pempengaruh media sosial
#Polis Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan