Polis menahan 16 individu termasuk seorang wanita yang sedang leka bermain judi di sebuah premis kecantikan rambut di Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, di sini, pada Khamis.
Menurut Pegawai Turus D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor DSP Mohd Zairi Badderul@Badrol, kesemua warga tempatan berusia antara 21 dan 71 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 3 pagi.
"Perjudian jenis 'Tong Kaw' ini didapati mula beroperasi sejak sembilan hari lalu dan telah menjadikan premis berkenaan sebagai sarang menganjur perjudian untuk mengaut keuntungan dengan mudah iaitu modus operandinya dengan menjadikan kepingan cip dan wang tunai sebagai nilai pertaruhan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM67,314, SGD1,000, 10 kerusi, dua biji dadu kecil, 16 batu Mahjong dan satu set dekoder kamera litar tertutup (CCTV).
"Selain itu, kami juga merampas 38 keping cip bernilai RM1,000 setiap satu, enam keping cip bernilai RM5,000 setiap satu, 38 keping cip bernilai RM100 setiap satu dan satu beg galas jenama Adidas manakala nilai pertaruhan keseluruhan perjudian ini dianggarkan RM139,114," katanya.
Mohd Zairi berkata kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Johor Bahru Utara untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika didapati bersalah, pemain perjudian boleh dihukum denda tidak melebihi RM 2,000.
Bernama
Thu Feb 14 2019
Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Johor Bahru Utara dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja
Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Wira Marzuki Yahya.
Polis tahan empat lelaki asing kes video tular sokong hina Nabi Muhammad
PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.
PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan berkuat kuasa 5 Julai
Supt Zairolnizal Ishak antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 5 Julai.
Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Pemeriksaan datang bulan: Pihak ada maklumat sila tampil ke hadapan - Huzir
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung isu pemeriksaan datang bulan di sekolah-sekolah awam agar tampil membuat laporan polis.
Polis minta bantuan Interpol kesan Nicky Liow
Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di Malaysia.
Video tular pukul rakan, suspek empat remaja perempuan diburu
Rakaman video berkenaan menunjukkan dua remaja perempuan bertindak menyepak mangsa yang tidak membalas dan hanya berdiam diri.
Sarjan dituduh terima suapan RM2,000
Tertuduh yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat jenayah didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan pada 18 dan 19 September 2020.
Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak
ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.