awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh

Bernama
Bernama
04/03/2021
15:21 MYT
Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.
KUANTAN: Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong kira-kira 188 kilometer (km) dari sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek yang berusia 26 dan 34 tahun itu ditahan semasa bersembunyi di sebuah pondok di Empangan Lembah Klau, Raub yang terletak sekitar 30 km dari lokasi kejadian, pada 10.30 pagi tadi, berdasarkan maklumat orang awam.
"Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun yang tinggal bersama mangsa telah bertengkar sekitar 2.15 petang Rabu dan semasa itu, suspek kedua yang tinggal berhampiran telah datang ke lokasi kejadian dipercayai bagi membantu abangnya.
Suspek kedua dikatakan telah naik berang dan menendang mangsa di dada kiri mengakibatkan si mati mengadu sakit dada dan muntah beberapa kali sebelum rebah, menyebabkan kedua-dua suspek terus melarikan diri," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Zaiham berkata mangsa berusia 59 tahun adalah bapa mentua kepada suspek yang berusia 34 tahun.
Beliau berkata isteri suspek yang juga anak mangsa menghubungi klinik kesihatan berdekatan, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diketahui sehingga bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selepas selesai ujian pengesanan COVID-19.
Zaiham berkata siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sendiri positif heroin dan methampethamine serta mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beradik
#bunuh
#peneroka
#Felda Mempaga
#Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan