awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua individu bergaduh dengan pemandu lori di jalan raya

Bernama
Bernama
13/05/2025
09:20 MYT
Polis tahan dua individu bergaduh dengan pemandu lori di jalan raya
Polis menahan dua individu di sini semalam yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, dua hari lepas. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua individu di sini semalam yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, dua hari lepas.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki berusia 18 dan 21 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, Johor.
  • Salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah, dan polis turut merampas sebatang cota yang digunakan untuk mengugut mangsa; kedua-duanya direman empat hari.
  • Pergaduhan berpunca daripada pertukaran haluan secara tiba-tiba oleh pemandu lori, dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan; insiden menjadi tular selepas video berdurasi 44 saat dimuat naik ke media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kedua-dua suspek berumur 18 dan 21 tahun itu ditahan pada 4.30 petang bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan pada 4.30 petang Ahad, dan polis turut merampas sebatang cota yang digunakan untuk mengugut mangsa.
Beliau berkata seorang daripada suspek didapati mempunyai satu rekod kesalahan jenayah, dan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini.
"Punca pergaduhan disebabkan pemandu lori menukar haluan secara tiba-tiba dan lewat memberikan lampu isyarat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menakutkan secara jenayah.
Kejadian itu mendapat perharian ramai selepas video memaparkan pergaduhan itu berdurasi 44 saat dimuat naik di Facebook dan menjadi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#pemandu lori
#Ulu Tiram
#COTA
#ugut mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan