awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki bersama lebih 1kg syabu di Tawau

Petrus Bernard
Petrus Bernard
05/04/2022
23:45 MYT
Polis tahan dua lelaki bersama lebih 1kg syabu di Tawau
JASMIN: Kerjasama orang awam dipinta untuk menyalurkan sebarang maklumat aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah kepada IPD Tawau atau balai polis berdekatan.
TAWAU: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dalam operasi di sebuah pasar raya di sini semalam.
Dalam serbuan Ops Tapis yang dilakukan di kawasan tempat letak kereta pasar raya itu, polis juga berjaya merampas syabu seberat 1,039.82 gram dianggarkan bernilai RM36,000
Serbuan dijalankan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pada jam 1.40 tengah hari.
Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM50,000.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki bersama dua kenderaan jenis Isuzu D Max dan Honda Civic.
Katanya, hasil pemeriksaan merampas satu bungkusan plastik yang mengandungi ketulan disyaki dadah jenis syabu.
"Ketika tangkapan dilakukan, salah seorang suspek cuba bertindak melarikan diri dari kepungan polis namun berjaya ditahan.
"Hasil daripada tangkapan itu, wang tunai sebanyak RM50,000 telah disita," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jasmin berkata, barang rampasan dibawa ke IPD Tawau dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 April 2022.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
"Kita meminta kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah kepada IPD Tawau atau balai polis berdekatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Syabu
#polis
#Tawau
#pasar raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan