awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
Raja Muda Kedah puji tindakan warga emas lapor cucu terlibat dadah
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki, rampas anak pokok 'bromeliad' bernilai RM1.3 juta

Bernama
Bernama
08/01/2026
03:30 MYT
Polis tahan dua lelaki, rampas anak pokok 'bromeliad' bernilai RM1.3 juta
Tangkapan dibuat oleh anggota Task Force Balai Polis Jeli setelah menahan sebuah lori Isuzu yang mencurigakan. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok bunga dari Thailand selepas menahan dua lelaki berusia 17 dan 49 tahun di dalam sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Jeli-Grik pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pemandu dan kelindan ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli setelah lori berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 156 kotak mengandungi 7,900 anak pokok bunga nanas atau bromeliad dipercayai diseludup masuk menerusi laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.
"Semua anak pokok bunga hiasan itu dipercayai untuk pasaran tempatan di negeri ini dan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM1.395 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarulzaman berkata kedua-dua suspek dibawa ke IPD Jeli untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
"Suspek bersama semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyeludupan
#anak pokok bunga
#bromeliad
#Kamarulzaman Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan