awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki seludup rokok bernilai RM300,000

Bernama
Bernama
09/12/2021
01:27 MYT
Polis tahan dua lelaki seludup rokok bernilai RM300,000
Muhammad Idzam menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Hotline Polis Cheras.
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menyeludup 29,930 kotak rokok dan 2,993 karton rokok putih tidak bercukai dianggarkan bernilai RM300,000 di sebuah premis di Desa Tun Razak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata suspek yang ditahan kira-kira 5.30 petang itu, berusia lingkungan 58 dan 38 tahun dan hasil soal siasat, seorang daripada suspek telah membawa polis ke sebuah lagi premis di Jalan Klang Lama, di sini.
"Susulan itu polis menemukan 807 karton rokok jenama M-One warna merah berjumlah 8,070 kotak rokok pada 8 malam itu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan, di sini manakala reman suspek dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini untuk melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Idzam menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 0083, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#seludup rokok
#Muhammad Idzam Jaafar
#Jalan Klang Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan