awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan
CIMB Islamic komited RM20 juta untuk alam sekitar
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun pekerja warga asing

Bernama
Bernama
27/10/2025
14:45 MYT
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun pekerja warga asing
Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata terhadap seorang pekerja warga Bangladesh di Taman Pulai Mutiara pada Khamis lepas. - Foto hiasan
ISKANDAR PUTERI: Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata terhadap seorang pekerja warga Bangladesh di Taman Pulai Mutiara di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi ketika mangsa berusia 43 tahun sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah pengadu.
Beliau berkata suspek bersenjatakan cangkul bertindak mengikat mangsa sebelum melarikan barang-barang milik mangsa serta peralatan binaan di rumah berkenaan.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri telah membuat tangkapan terhadap empat lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 42 tahun di kawasan Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai pada 9 malam, 26 Okt lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing turut mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
"Dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk seunit mesin pemotong rumput, satu alat pengisar dan pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya.
Kumarasan berkata semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak atau samun berkumpulan dan Seksyen 397 kanun sama kerana merompak dengan bersenjata atau menyebabkan cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun bersenjata
#samun warga asing
#warga Bangladesh
#Polis Daerah Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan