SHAH ALAM: Polis menahan empat sekeluarga selepas disyaki mengugut serta melakukan perbuatan khianat terhadap seorang suri rumah dalam kejadian sekitar Jalan Besar Kampung Tumbuk Darat,Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini pada 24 Nov lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh dalam kenyataan memaklumkan kesemua suspek yang ditahan di rumah di Jalan Besar, Kampung Tumbuk Darat sekitar 9 malam itu berusia 21 hingga 49 tahun terdiri daripada pasangan bapa ibu dan dua anak perempuan.
"Tangkapan tersebut dilaksanakan susulan laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 41 tahun itu yang mendakwa keretanya telah ditahan enam individu termasuk tiga wanita ketika melalui Jalan Parit A, Kampung Tumbok Darat sekitar jam 12 tengah hari Rabu lalu.
Mangsa mendakwa ditahan di mana salah seorang daripada mereka telah menggunakan sebatang kayu memukul keretanya dan bertindak untuk memecahkan cermin keretanya," katanya.
Ahmad Ridhwan berkata punca kejadian dipercayai salah faham susulan wanita itu memuat naik kenyataan di aplikasi media sosialnya mengenai isu anti vaksin dan katanya lagi, mangsa pernah ke rumah suspek bagi memujuk ibu mertua salah seorang suspek untuk mengambil suntikan vaksin bagaimanapun ditolak.
"Suspek dipercayai tidak berpuas hati dan tersinggung dengan status yang dimuat naik wanita itu kemudian bertindak menyerang mangsa bersama ahli keluarga yang lain," katanya.
Ahmad Ridhwan berkata kesemua mereka direman empat hari bermula 25 Nov lalu sehingga esok dan kes disiasat bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 19 saat dari aplikasi Tik Tok menunjukkan beberapa individu seakan mengepung sebuah kenderaan dan salah seorangnya dilihat memegang sebatang kayu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Polis menahan empat sekeluarga selepas disyaki mengugut serta melakukan perbuatan khianat terhadap seorang suri rumah. - Gambar hiasan
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.