awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000

Bernama
Bernama
26/09/2024
13:02 MYT
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan kerja sambilan melalui aplikasi beli-belah dalam talian hingga menyebabkan mangsa kerugian RM57,184 baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan semalam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di sini.
"Berdasarkan laporan diterima, mangsa pada April lepas telah mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi Tinder dan ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian menggunakan sebuah aplikasi beli-belah sebelum diberikan satu pautan (link) yang memaparkan barangan keperluan harian seperti bag, jam tangan dan pakaian.
"Mangsa dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap tugasan yang berjaya dilakukan iaitu hanya perlu membuat pembelian barangan yang dipaparkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata terpedaya dengan janji tersebut, mangsa telah membuat 10 transaksi ke dalam akaun termasuk milik lelaki tersebut dari 6 Mei hingga 5 Jun lepas melibatkan keseluruhan RM57,184.
Kamarul berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket penipuan itu dan lelaki tersebut kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keldai akaun
#sindiket penipuan
#kerja sambilan
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan