awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki edar dadah khidmat kurier

Bernama
Bernama
01/03/2022
06:11 MYT
Polis tahan lelaki disyaki edar dadah khidmat kurier
Bekalan dadah yang disyaki dikirim dari Semenanjung Malaysia itu boleh menampung sejumlah 25,000 penagih di negeri Sarawak.
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki disyaki mengedar dadah dengan menggunakan perkhidmatan kurier dan merampas lebih 25 kilogram dadah bernilai RM1.2 juta dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini, Sabtu lepas.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan bersama sejumlah dadah di kaki lima sebuah kedai makan di Jalan Penrissen manakala sejumlah dadah lain ditemukan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan sebuah rumah di Kampung Bumbok.
"Hasil pemeriksaan, polis menjumpai bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 12,258 gram bernilai RM462,888 dan dadah jenis ketamin seberat 13,376 gram bernilai bernilai RM735,680 yang diletakkan di dalam bungkusan makanan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.
Mancha berkata, bekalan dadah yang disyaki dikirim dari Semenanjung Malaysia itu boleh menampung sejumlah 25,000 penagih di negeri Sarawak dan polis turut merampas sebuah kereta Toyota Wish dan motosikal Yamaha Y15.
Beliau berkata suspek yang negatif terhadap dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau itu kini direman hingga 5 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#edar dadah
#Perkhidmatan Kurier
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan