awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/04/2023
03:55 MYT
Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia
Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja di laman media sosial Facebook dengan akaun bernama 'Tuk Chik'.
Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, pada Rabu.
"Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula Khamis.
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru itu, Noorsiah menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran kepada awam serta menggugat keharmonian negara terutama melibatkan 3R (Bangsa, Agama, dan Raja).
"Tindakan tegas akan tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#hina
#institusi diraja
#media sosial
#Tuk Chik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan