awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing

Bernama
Bernama
09/12/2023
15:00 MYT
Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing
Suspek ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi. - FB Polis Daerah Kota Tinggi
JOHOR BAHRU: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 12 migran di sebuah rumah di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata suspek yang berusia 39 tahun ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.
"Hasil soal siasat mendapati lelaki tempatan berkenaan disyaki menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran antara RM2,800 hingga RM3,000 bagi setiap migran kepada tekong," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek dan kesemua warga asing akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Hussin turut memberi amaran keras dan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#warga asing
#rumah penampungan
#migran
#Felda Adela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan