PUTRAJAYA: Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya.
"Lelaki tersebut telah membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu. Perbuatan lelaki tersebut telah dirakam oleh jiran pengadu dan lelaki tersebut telah melarikan diri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian membuat pemeriksaan di bahagian balkoni belakang dan mendapati sehelai seluar panjang warna kelabu milik rakan serumahnya tiada dan ketika kejadian, tiada sesiapa berada dalam tandas.
"Lelaki Palestin itu ditahan pada kira-kira 4 petang tadi di Mutiara Ville dan polis telah merampas telefon bimbit, baju, seluar dan selipar yang digunakan namun seluar milik rakan serumah pengadu belum dijumpai. Siasatan masih diteruskan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya. - Gambar hiasan

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

Polis tahan lelaki Palestin intai rumah pelajar wanita di Cyberjaya
Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya.

Pelajar ditahan rakam video dalam asrama pelajar wanita
Pelajar berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang penghuni asrama.