awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki pamer pistol, gari

Bernama
Bernama
20/02/2023
15:30 MYT
Polis tahan lelaki pamer pistol, gari
Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 1.05 pagi Sabtu lepas. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 1.05 pagi Sabtu lepas.
Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan berjenama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Terdahulu, Noor Dellhan berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini menerima laporan polis pada Jumaat lepas, kira-kira 6.15 petang, berhubung video berdurasi lima saat yang tular di Telegram Edisi Siasat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#tayang pistol
#gari
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan