awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dollah Salleh dilantik Penolong Pengarah Teknikal NFDP
Gagal siapkan penghakiman tepat masa, berundur adalah pilihan bermaruah - Ketua Hakim Negara
Trump isytihar beliau sebagai pemangku Presiden Venezuela di media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki, rampas 5.6kg dadah dalam serbuk minuman berperisa

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/08/2021
08:45 MYT
Polis tahan lelaki, rampas 5.6kg dadah dalam serbuk minuman berperisa
Polis berjaya merampas lebih 5.6 kilogram dadah jenis ekstasi yang dicampur dalam serbuk minuman berperisa buah-buahan semasa serbuan di sebuah kondominium di Jalan Medah, Ipoh, pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
IPOH: Polis berjaya merampas lebih 5.6 kilogram dadah jenis ekstasi yang dicampur dalam serbuk minuman berperisa buah-buahan semasa serbuan di sebuah kondominium di Jalan Medah, Ipoh, pada Jumaat.
Kejayaan itu hasil tangkapan terhadap seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun bersama empat paket dadah jenis sama di pintu masuk lift kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemeriksaan turut dijalankan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di ruang letak kenderaan di mana 20 paket minuman berisi dadah yang disimpan dalam kotak di bahagian bonet kereta telah dirampas.
"Kita juga telah menyerbu rumah suspek di kondominium sama dan pemeriksaan di dalam rumah tersebut menjumpai 65 paket plastik yang disyaki berisi serbuk campuran dadah jenis ekstasi.
"Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 5,670.1 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM187,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Menurutnya, dalam serbuan tersebut pihaknya turut merampas beberapa paket plastik kosong dan alat membungkus dadah.
Beliau berkata, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan dipercayai mendapat bekalan dadah dari luar Perak.
Yahaya berkata, risikan terhadap suspek telah dijalankan sejak sebulan lalu dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran Ipoh, khususnya di pusat-pusat hiburan.
"Kita juga percaya terdapat individu lain yang terlibat dalam kegiatan tersebut dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan rakan suspek yang masih bebas," ujarnya.
Suspek direman enam hari bermula Sabtu lalu hingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#serbuk minuman berperisa
#Jalan Medan
#Ipoh
#ekstasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan