awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki sakit mental rosakkan kubur 100 tahun

Bernama
Bernama
29/12/2022
14:45 MYT
Polis tahan lelaki sakit mental rosakkan kubur 100 tahun
Suspek berumur 49 tahun itu ditahan tengah hari tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu. - Gambar hiasan
SIBU: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental hari ini, kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira 1.58 tengah hari Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi mengalami kerosakan.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan di tempat-tempat perkuburan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid menerusi talian 011-31873715.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki sakit mental
#rosakkan kubur
#Sibu
#tanah perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan