awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki tendang pintu pagar masjid hingga tercabut

Bernama
Bernama
16/05/2021
14:28 MYT
Polis tahan lelaki tendang pintu pagar masjid hingga tercabut
Polis telah menahan suspek selepas dia hadiri memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung kes itu semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Akibat marah kerana tidak diberi kebenaran bersolat di sebuah masjid di Batu Caves, di sini, seorang lelaki bertindak menendang pintu pagar masjid berkenaan sehingga tercabut, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata susulan satu laporan, polis menahan suspek lelaki berumur 35 tahun itu, yang perbuatannya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
Beliau berkata rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Nissan Navara bertindak menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut lalu terjatuh.
"Polis telah menahan suspek selepas dia hadiri memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung kes itu semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda, dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat ibadat.
Arifai berkata masjid berkenaan sememangnya ditutup, dan notis penutupannya ada ditampal di pintu pagar masjid itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tendang pintu
#masjid
#Batu Caves
#Polis Daerah Gombak
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan