awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki warga asing rogol kanak kanak perempuan 12 tahun

Petrus Bernard
Petrus Bernard
02/04/2023
15:55 MYT
Polis tahan lelaki warga asing rogol kanak kanak perempuan 12 tahun
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 32 tahun, tanpa dokumen pengenalan diri itu ditahan di sebuah kebun kelapa sawit persendirian pada jam 9.50 malam, Sabtu. - Foto ihsan polis
TAWAU: Pasukan polis dari Balai Polis Bombalai Tawau menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah kebun dekat Kampung Iban Merotai, Tawau, Sabah pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 32 tahun, tanpa dokumen pengenalan diri itu ditahan di sebuah kebun kelapa sawit persendirian pada jam 9.50 malam.
Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku semasa mangsa tinggal bersama lelaki tersebut sejak awal tahun ini.
Mangsa seterusnya menghubungi keluarganya dan membuat aduan mengenai perbuatan keji suspek sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bombalai.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah.
Topic Berkaitan
#warga asing
#rogol kanak-kanak
#Polis Daerah Tawau
#Kampung Iban Merotai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan