MALAYSIA
Polis tahan lima ahli Geng Jack di Sungai Petani
SUNGAI PETANI: Polis menahan lima lelaki yang disyaki aktif dalam melakukan jenayah pecah premis perniagaan sejak tiga bulan lepas, dalam Op Pintu di sini pada 28 hingga 31 Mei.
Ringkasan AI
- Polis menahan lima lelaki dipercayai ahli Geng Jack yang aktif melakukan jenayah pecah premis sejak tiga bulan lalu dalam Op Pintu di Kuala Muda dari 28 hingga 31 Mei.
- Ketua kumpulan, Jack, yang baru dibebaskan dari penjara Februari lalu, mempunyai 47 rekod jenayah lampau dan semua suspek didapati positif dadah serta menyamar sebagai wakil syarikat utiliti untuk memudahkan jenayah.
- Polis merampas pelbagai barangan termasuk kereta, dadah, wang tunai, jam tangan, rantai emas dan pakaian syarikat utiliti dengan nilai rampasan hampir RM40,000; kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Modus operandi mereka tertumpu kepada premis yang dilihat mempunyai hasil lumayan dan mereka menggunakan peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, pemutar skru, mesin pencanai, gergaji kecil dan pahat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, dekat sini hari ini.
Beliau berkata kumpulan itu juga menyamar sebagai wakil syarikat utiliti dengan memakai pakaian berlogokan syarikat terbabit sebelum berkunjung ke premis yang berpotensi untuk mereka pecah masuk.
Hanyan berkata kesemua suspek juga didapati positif methamphetamine dan masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau.
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati Jack mempunyai 47 rekod berkaitan jenayah. Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona, empat peket plastik lutsinar disyaki syabu dianggarkan seberat 1.82 gram, dua beg galas berjenama, dua dompet, enam jam tangan berjenama serta seutas rantai leher emas.
"Turut dirampas wang tunai RM833, wang tunai pelbagai negara (bernilai RM1,455) dan lain-lain barangan termasuk beberapa baju syarikat utiliti dengan nilai keseluruhan rampasan hampir RM40,000," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami