awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian

Bernama
Bernama
22/04/2022
13:51 MYT
Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kelima-lima individu berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki termasuk dua warga China yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan jual beli dalam talian selepas menyerbu sebuah apartment di Taman Nirwana di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kelima-lima individu berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang, dan polis turut merampas sebuah komputer riba serta beberapa telefon bimbit selain peralatan untuk sambungan jalur lebar internet dalam serbuan itu.
Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi Tinder dan 'chatting' menerusi aplikasi Wechat terlebih dahulu, sebelum menawarkan barangan mewah kepada mangsa dengan harga yang lebih murah daripada harga di pasaran.
"Sebaik sahaja pembayaran diterima, barangan yang dijanjikan kepada mangsa tidak diserahkan kepada sepertimana dijanjikan. Kegiatan penipuan telh beroperasi kira-kira sebulan yang lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu, yang boleh membawa hukuman penjara, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kegiatan penipuan
#jual beli dalam talian
#warga china
#Taman Nirwana
#Polis Daerah Amang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan