awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan mekanik disyaki tanam janin teman wanita

Bernama
Bernama
24/05/2024
14:58 MYT
Polis tahan mekanik disyaki tanam janin teman wanita
Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada Rabu lepas selepas polis menerima laporan dari pihak hospital.
SEPANG: Polis menahan seorang mekanik disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menanam janin teman wanitanya di kawasan Taman Tasik Puchong dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt G. Shan Gopal berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada Rabu lepas selepas polis menerima laporan dari pihak hospital pada hari sama mengenai seorang remaja perempuan tempatan berusia 19 tahun yang mengalami keguguran pada 15 Mei lalu.
Beliau berkata polis melakukan tangkapan terhadap suspek yang juga warga tempatan pada 7.30 malam, kira-kira lima jam selepas laporan dibuat.
"Siasatan mendapati pesakit alami keguguran kerana memakan pil yang diberikan teman lelakinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lelaki terbabit direman selama empat hari hingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Lelaki ditahan
#tanam janin
#remaja keguguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan