awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pasangan kekasih, rampas ganja RM25,420

Bernama
Bernama
14/07/2025
12:30 MYT
Polis tahan pasangan kekasih, rampas ganja RM25,420
Abdul Rozak (dua, kanan) menunjukkan ganja yang dirampas susulan tangkapan ke atas sepasang kekasih dalam serbuan di Pulau Tikus dan Tanjong Tokong, pada 10 Julai lepas. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama kekasihnya warga Thailand kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah di sekitar Pulau Tikus dan Tanjong Tokong di sini pada 10 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pasangan berusia 25 dan 20 tahun itu ditahan di tepi jalan Pulau Tikus pada 11.30 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Timur Laut menerusi operasi membanteras aktiviti pengedaran dadah.
"Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Tanjong Tokong dan hasil pemeriksaan menemukan 15 ketulan mampat daun kering dibalut plastik lutsinar disyaki ganja dianggarkan seberat 8,200 gram bernilai RM25,420.
"Hasil risikan mendapati sindiket itu aktif sejak awal tahun ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket terlibat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.
Abdul Rozak berkata dadah yang boleh digunakan 16,400 orang itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk pasaran sekitar Pulau Pinang.
Suspek lelaki didapati positif dadah jenis Benzo dan mempunyai empat rekod kesalahan jenayah, manakala suspek wanita negatif dan tiada sebarang rekod.
Mereka direman selama tujuh hari sehingga 17 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#ganja
#positif dadah
#kesalahan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan