awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pekerja penyelenggaraan berhubung penemuan peluru

Bernama
Bernama
05/03/2025
13:15 MYT
Polis tahan pekerja penyelenggaraan berhubung penemuan peluru
Lee berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesahkan keterangan lelaki itu dan siasat dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. - Gambar FB Polis Daerah Timur Laut
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pekerja penyelenggaraan bagi membantu siasatan berhubung penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata penahanan lelaki berusia 46 tahun itu di ibu pejabat polis daerah berkenaan pada 1 tengah hari tadi, membolehkan kes diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
"Suspek merupakan individu menemukan peluru itu dan pada soal siasat, dia mengaku meletakkan beg itu di tempat kejadian sebelum menghubungi polis, bagi tujuan pelupusan.
"Menurut suspek, beg dan peluru itu ditemukan di sebuah rumah semasa menjalankan kerja pembersihan tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun Lee berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesahkan keterangan lelaki itu dan siasat dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan penemuan lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong jenis kaliber 22 dalam beg di tempat pembuangan sampah pangsapuri tersebut.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam pada 1.40 tengah hari dan siasatan awal mendapati beg itu ditinggalkan oleh individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orang awam
#peluru
#siasatan awal
#kerja pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan