awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemandu treler terlibat kemalangan maut

Bernama
Bernama
28/10/2017
15:52 MYT
Polis tahan pemandu treler terlibat kemalangan maut
Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 5 petang, semalam. -Gambar hiasan
Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 5 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata lelaki itu yang berusia 59 tahun dari Bandar Bukit Beruntung Rawang, Selangor ditahan untuk siasatan lanjut selepas hadir di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai kira-kira 4.30 petang tadi.
"Dia ditahan selepas mengaku sebagai pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas lelaki itu dan didapati negatif.
"Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen: Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dalam kejadian itu, dua maut manakala tiga cedera melibatkan kereta jenis Proton Waja, Proton Preve dan Perodua Alza serta sebuah lori treler.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu treler
#PLUS
#Zaldino Zaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan