awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2023
15:22 MYT
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun pada Isnin selepas suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor di media sosial.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun pada Isnin selepas suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor di media sosial.
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Susulan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim untuk membantu siasatan.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau kerajaan.
Kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada Selasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja dan seumpamanya.
“PDRM juga menasihatkan rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada rasa tidak harmoni dan menjejaskan perpaduan negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#akta hasutan
#PDRM
#Indera Mulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan