awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemilik gerai jual jagung bakar kontroversi

Sinar Harian
Sinar Harian
18/02/2025
09:01 MYT
Polis tahan pemilik gerai jual jagung bakar kontroversi
Baru-baru ini penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia. Gambar kecil: Shan Gopal. - Foto sinar Harian
SEPANG: Polis menahan pasangan suami isteri merupakan pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Polis menahan pasangan suami isteri pemilik gerai jagung bakar di Sepang. Suami dibebaskan dengan jaminan polis, manakala isteri yang merupakan warga Indonesia direman kerana tinggal lebih masa.
  • Kes disiasat di bawah beberapa akta termasuk Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan masih dijalankan dengan keterangan daripada tujuh saksi telah direkodkan.
  • Penjual jagung memohon maaf atas papan tanda berunsur perkauman yang dipaparkan. Menteri Perpaduan Negara dan Naib Presiden PKR menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak boleh diterima dan bertentangan dengan prinsip keharmonian negara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis, manakala isterinya yang juga warga Indonesia berusia lingkungan 50-an telah direman mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, wanita itu didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa.
"Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti motif kejadian.
"Kita telah merekod keterangan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum itu, penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya yang boleh menjejaskan keharmonian.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata, peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang.
Sinar Harian turut melaporkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menegaskan bahawa melabel sesuatu kaum dengan istilah menghina adalah tidak boleh diterima dan bertentangan dengan prinsip keharmonian negara.
Menurut Nik Nazmi, insiden sebegini tidak mewakili keseluruhan sesuatu kaum, sebaliknya hanya melibatkan segelintir individu yang bersikap ekstrem dan rasis. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jagung bakar kontroversi
#pasangan suami isteri ditahan
#Kota Warisan
#rasis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan